Tuesday 28 June 2011

Baik Buruk Facebook!

Facebook adalah kemudahan untuk berkomunikasi dalam laman sawang masa kini tetapi sekiranya ia disalah gunapakai ianya akan memudaratkan pehubungan sosial diantara pengguna. Facebook juga kini digunakan sebagai platform untuk bertemu semula dengan teman-teman lama yang dikatakan "lost contact" dengan kita. Hendak dikatakan lebih banyak buruk dari baik daripada FB ini juga masih tidak dibuktikan kerana semakin ramai pengguna baru mendaftar untuk menggunakan laman tersebut untuk menggantikan Friendster, Myspace dan laman sawang lain. FB akan membawa keburukan sekiranya pengguna sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengawal diri untuk mwlayari laman tersebut. terdapat juga cerita yang diperolehi bahawa Fb telah menyebabkan berlakunya penceraian dalam rumah tangga, putus tunang. putus cinta, putus sahabat bahkan putus saudara disebabkan oleh bahana Fb. terdapat juga laporan polis dibuat berkenaan dengan pengguna Fb yang tidak sopan terhadap orang lain. Baik buruknya bergantung kepada kita sebagai pengguna melihat platfrom ini sama ada positif atau negatif.

Sunday 26 June 2011

Kitaran kehidupan Manusia

Setiap Manusia akan berada sama ada di bawah atau di atas pada setiap peringkat. kita akan menempuhi kehidupan dengan cara kita sendiri. Manusia akan berfikir untuk mendapatkan kepastian atau sesuatu yang mereka inginkan tetapi kadang-kala keputusan yang di buat bukan berdasarkan kewarasan akal fikiran. Setiap manusia mempunyai akal untuk berfikir samada kebaikan atau keburukan terhadap orang lain atau diri sendiri. wajarkah sekiranya kita mengatakan bahawa manusia yang kejam seumpama binatang? renungkan dan fikirkan.